Percutian ke Sabah selama 4 hari 3 malam merupakan sebuah kembara mencari hikmah buat kami sekeluarga. Bukan sekadar niat untuk melancong semata, tetapi lebih kepada menghayati penciptaan indah alam yang Esa. Dari penerbangan di langit biru, pendakian gunung kinabalu sehinggalah berenang di kepulauan yang memukau kalbu. Setiap detik yang dilalui, ada hikmah tersembunyi yang kami temui.
Cinta Daun Maple-ilham tajuk daripada omma. Hehe. Menjadi simbolik kepada percutian kami kali ini. Pokok Maple yang kami temui secara tidak sengaja di tepi jalan ini saya kira sangat unik ciptaan-Nya. Berlatarbelakangkan keindahan gunung-ganang yang menghijau. Di sini terasa cinta kami pada Rabb kami semakin mekar berputik. Asbab melihat keagungan dan kekuasaannya dalam mencipta sesua. Oleh itu, ingin saya kongsikan beberapa ibrah yang diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak manfaat buat kalian nanti. Insyallah aminn...
1. KESIHATAN DAN KESELAMATAN
Dua perkara penting yang mesti dijaga dengan baik sebelum, semasa dan selepas percutian adalah tentang kesihatan dan keselamatan. Kata orang bijak pandai, kesihatan adalah mahkota kehidupan. Orang yang sihat mampu melakukan banyak perkara. Justeru, kesihatan adalah amanah yang harus dijaga dengan baik dan perlulah seiring dengan usaha untuk terus mengekalkan nikmat sihat tersebut.
2. DOA DAN TAWAKKAL
Apa sahaja perkara yang hendak dilakukan dalam hidup, harus sentiasa berdoa kepada Allah diiringi dengan tawakkal. Hatta untuk pergi bercuti sekalipun harus sentiasa berdoa- berdoa agar dikurniakan permusafiran yang selamat dan diberkati, berdoa agar dipertemukan dengan masyarakat setempat yang baik-baik, berdoa agar dilindungi daripada wabak Covid-19, berdoa agar selamat sampai ke semua destinasi, berdoa agar dikurniakan tempat penginapan dan pengangkutan yang baik dan selesa. Berdoa agar tiada sebarang musibah atau masalah teknikal yang lain melanda. Mesti berdoa. Harus berdoa. Dan sentiasa berdoa. Kerana doa bukan sahaja senjata orang mukmin, bahkan ia merupakan kayu ukur sejauh mana kebergantungan dan keyakinan kita pada Allah.
3. NIAT
Sebagai seorang Muslim, apa jua yang dilakukan adalah berdasarkan niat. Maka, eloklah diniatkan permusafiran kerana Allah. Semoga asbab niat baik tersebut, Allah rahmati setiap langkah, Allah hindari sebarang musibah dan Allah kurnia dalam keluarga rasa mahabbah. Amminn ya rabb.
Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
ุฅَِّูู
َุง ุงูุฃَุนْู
َุงُู ุจِุงَِّูููุงุชِ، َูุฅَِّูู
َุง ُِِّููู ุงู
ْุฑِูุกٍ ู
َุง ََููู َูู
َْู َูุงَูุชْ ِูุฌْุฑَุชُُู ุฅَِูู ุงِููู َูุฑَุณُِِْููู َِููุฌْุฑَุชُُู ุฅَِูู ุงููู َูุฑَุณُِِْููู َูู
َْู َูุงَูุชْ ِูุฌْุฑَุชُُู ِูุฏَُْููุง ُูุตِْูุจَُูุง ุฃَْู ุงِู
ْุฑَุฃَุฉٍ َِْูููุญَُูุง َِููุฌْุฑَุชُُู ุฅَِูู ู
َุง َูุงุฌَุฑَ ุฅَِِْููู
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”.
4. REZEKI
Bercakap tentang rezeki, satu perkara yang saya belajar daripada permusafiran ini adalah rezeki itu sangat luas. Allah Maha Pemurah terhadap hamba-hambanya. Disaat kami merancang untuk percutian lain, namun tidak dapat disebabkan kekangan waktu, Allah kurniakan pula rezeki percutian ke Sabah yang saya kira tidak kurang hebatnya. Jadi, sentiasalah kita bersangka baik dengan takdir yang Allah susun cantik untuk kita. Semoga ianya membawa keberkatan yang lebih besar.
5. PANTANG LARANG
Pepatah Melayu ada menyebut, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Kemana jua kita melangkah pergi, segala adat budaya masyarakat harus dihormati, agar kelak tidak memakan diri.
6. SYUKUR
Seorang murabbi pernah berpesan bahawasanya sabar dan syukur harus sentiasa diimbangi. Hal ini demikian kerana dalam hidup ini, nikmat dan ujian acap kali berselang-seli. Maka, sepanjang perjalanan kami melatih diri dan hati untuk sentiasa meletakkan rasa syukur pada Ilahi ditempat tertinggi. Biar nanti ia membuahkan kasih yang abadi pada Rabbul'Izzati.
Syukur saat dapat menikmati enaknya makanan. Syukur saat dikurniakan lancarnya perjalanan. Syukur saat dipertemukan dengan orang-orang yang tinggi akhlak dan elok keperibadian. Syukurlah meski ia hanyalah perkara kecil. Kelak, ia akan menjadi suatu kenikmatan yang besar.
َِْูููٕ ุดََูุฑْุชُู
ْ َูุงَุฒِْูุฏََُّููู
ْ ََِْููููٕ ََููุฑْุชُู
ْ ุงَِّู ุนَุฐَุงุจِْู َูุดَุฏِْูุฏٌ
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”
(Ibrahim:7)