Assalamualaikum dan hai semua. Semoga kalian sihat, ceria dan bahagia selalu. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang perjalanan hidup saya sebagai tholibul 'ilm (penuntut ilmu)
Saya bermula dengan tidak tahu apa yang saya minat. Apa yang saya suka. Prinsip hidup saya adalah apa yang dipilih oleh kedua ibu bapa saya, maka itulah yang terbaik buat saya. Haaa tapi jangan salah faham ye semua. Ibu bapa saya tidak pernah mendesak untuk saya mengikut setiap pilihan mereka. Hanya saya yang tidak tahu arah yang ingin saya tuju. Jadi, di sini pentingnya untuk kita semua tahu arah hidup kita. Ke mana destinasi ataupun matlamat yang ingin dicapai. kerana tanpa mengetahui itu semua, barangkali arah hidup kita akan menjadi tidak keruan. Pasti pula diakhirnya adalah sebuah penyesalan.
Kemudian, sewaktu di sekolah menengah, saya telah ditempatkan di dalam kelas aliran sains. Macam yang saya cakap tadi. Saya hanya mengikut sahaja apa tanpa sebarang bantahan. Orang putih cakap "just follow the flow" hahaha.
Sejujurnya, saya mula meminati bidang sains setelah berada di kelas tersebut. Namun, langkah seterusnya masih belum jelas. Ke mana saya ingin tuju selepas spm habis nanti?
Berada di tingkatan 4 dan lima (2 tahun dalam aliran sains), tidaklah begitu mudah. Banyak perkara yang perlu dipelajari dengan penuh minat. Alhamdulillah. saat keputusan spm keluar, rezeki saya mendapat keputusan yang agak baik. Dan saya mula memohon untuk meneruskan legasi pengajian di menara gading. Dua pilihan utama yang saya pilih adalah UIA dan UM. Istilah "membuat pilihan" tidak terhenti di situ. Saya perlu memikirkan bidang apa yang harus dipilih berdasarkan minat dan kemampuan saya. Hal ini begitu penting untuk dititikberatkan kerana ramai orang yang hanya ada satu daripanya akan berhenti di tengah jalan.
Sebagai contohnya, ada orang minat kejuruteraan ataupun dipanggil engineering. Namun, setelah dua tahun, dia bertukar bidang lain kerana merasakan sudah tidak mampu untuk belajar subjek engineering yang rumit dan kompleks itu. Bukankah ini salah satu daripada pembaziran waktu dan usia.
Buat adik-adik di luar sana. wajib bagi kalian untuk memikirkan dua elemen ini sebelum membuat keputusan. Sekiranya hanya sekadar minat, namun tidak mampu, usahlah diteruskan kerana ia hanya akan mengundang kesia-siaan. Apa yang paling penting, sebelum membuat sebarang keputusan, lakukanlah solat istikharah, minta Allah bagi apa yang terbaik buat kita semua.
Kembali kepada tajuk utama. Alhamdulillah hajat saya tertunai apabila saya dimasukkan ke UIA. Pada peringkat awal, saya perlu menghabiskan asasi di Centre For Foundation Studies (CFS IIUM Gambang) dalam masa setahun. Kemudian barulah boleh meneruskan degree dalam bidang jeng jeng jeng.....
BIDANG RADIOGRAPHY AND DIAGNOSTIC IMAGING...
Haaa seronok taww. Dari semasa ke semasa akan saya cerikan pengalaman saya ye. Stay tuned!
Maka bermulalah kehidupan saya sebagai seorang pelajar radiography di UIA. Apa yang ingin saya ketengahkan di sini adalah pentingnya untuk kita ketahui arah hidup kita agar kelak tidak tersasar jauh dari landasan sebenar. Tersilap langkah mungkin akan memberi kesan negatif dari segi pembaziran waktu, wang dan juga tenaga yang kita gunakan.
Selalulah berdoa kepada Rabb, Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita-agar dikurniakan yang terbaik dalam setiap perkara dan dikurniakan keazaman yang jitu untuk menghadapi sebarang cabaran mendatang. Insyaallah ada kebaikan yang ingin Allah berikan untuk kita.
Oklah sampai di sini sahaja. Semoga dapat sesuatu yang bermanfaat ye semua.
Love as always💜
No comments:
Post a Comment