Assalamualaikum dan hai semua...
Lama rasanya saya tak update blog kan hehe. Semoga kalian sihat-sihat sahaja walau dimana pun kalian berada okey?
Sebelum saya mulakan dengan lebih lanjut. Saya nak tanya pada kalian, pernah tak alami waktu-waktu yang mendebarkan? Haha. Mestilah pernah kan? Cuma pastilah situasinya berbeza bagi setiap orang.
Kalau saya pula, salah satu situasi yang buat saya berdebar adalah ni haa assessment hihi. Ye lah kan. Kami student nii akan dinilai oleh doktor (lecturer) kami. Mana tak debonyee huhu.
Apa-apapun persediaan haruslah ada. Kerana perasaan debar tu adalah lumrah dan perkara biasa. Hatta, semua orang punyai perasaan tersebut. Bezanya dari segi situasi yang dihadapi dan tahap debaran sahaja yang berbeza.
Alhamdulillah assessment saya berjalan lancar.
Apa yang saya paling ingat adalah pesanan doktor lepas kami habis assessment. Katanya, apapun yang kita buat dalam hidup ini pasti tidak akan ada yang sempurna. Namun, dari ketidaksempurnaan itulah kita dapat belajar sesuatu.
Mendalam sungguh maknanya.
Doktor nak bagitahu yang segala teguran dia sewaktu kami dinilai tadi semuanya akan berguna kelak. Kerana pastinya kesalahan yang ditegur akan diingati dan apabila sesuatu itu diingati pasti kita akan cuba untuk mengelakkan daripada kesilapan itu terus berulang.
Wallahu 'alam.
Moga kalian dapat belajar sesuatu pada perkongsian kali ini.