Showing posts with label Radiation zone. Show all posts
Showing posts with label Radiation zone. Show all posts

Monday, November 29, 2021

Basic of Radiography

 


Assalamualaikum and hye everyone! 

Okey hari ini saya nak share dengan lebih terperinci mengenai bidang radiografi ni. 
Ramai orang sebenarnya tidak mengetahui bidang ini. Mereka fikir semua orang yang memakai labcoat adalah seorang doktor. 

Tidak ye sayang-sayang sekalian...

Dalam bidang kesihatan khususnya, terdapat banyak lagi kerjaya lain. Contohnya, kita ada radiographer, pakar fisioterapi, audiologist, pharmacist, nurse dan macam-macam lagi. Jadi, persepsi bahawa semua orang yang memakai labcoat haruslah di'delete' sekarang ye haha. Sebab saat anda membaca blog ini, anda semua akan lebih jelas tentang kerjaya-kerjaya dalam bidang kesihatan.

Ok kita fokus pada radiografi. Sesetengah orang tertanya-tanya tentang bidang ini.

Radiografi ni bidang apa sebenarnya? Tak pernah dengar pun...

Tak bahaya ke hari-hari kene radiasi?

Apa skop kerja bidang radiografi ni?

dan macam-macam lagi persoalan yang bermain di minda segelintir masyarakat kita. 

Ok mari kita menelusuri satu persatu ilmu baru ini. Semoga bermanfaat ye.

Haa radiography ini pendek katanya adalah bekerjaya di bahagian x-ray. Orang yang bekerja dalam bidang ini dikenali sebagai radiographer. Tugas radiographer ini tersangatlah penting. Haaa kalian semua kene ingat eaa, bukan doktor je penting. Tapi radiographer LAGI PENTING dan TERSANGAT PENTING. 

Eh kenapa pula radiographer penting????
Haaa meh sini nak citerr

Any cases yang ada dalam hospital kebiasaannya akan merujuk pada radiographer terlebih dahulu. Radiographer akan melakukan prosedur untuk menghasilkan imej bahagian badan patient yang tercedera bagi memudahkan doktor membuat diagnosis. Sekiranya tiada imej, maka akan berlaku kesukaran untuk doktor melakukan pemeriksaan dan rawatan seterusnya untuk patient. 

Ok sekarang dh jelas kan tentang tugas radiographer nii?
OK GOOD!

Ok next...
Untuk pengetahuan semua, terdapat dua jenis radiographer secara umumnya. Pertama, therapeutic radiographer. Yang kedua, diagnostic radiographer. 

Tugas sebagai seorang radiographer tidaklah mudah seperti yang dilihat dalam gambar. hahaha. Itu saje je posing waktu praktikal kihkih...

Banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranya adalah:

1. How we position the patient according to the spesific examination or procedure
2. How we use the x-ray machine. The skills and also the correct techniques
3. The radiation protection use for the patient and the radiographer herself
4. The stability and comfortibility of the patient during examination

These are all the things that we should consider before, during and after the procedure. 

Mengenai radiasi pula, pertama sekali jumlah radiasi yang radiographer gunakan semasa melakukan prosedur tersebut adalah sedikit berbanding radiasi yang disebabkan oleh external factors yang lain. Kedua, patient akan diberikan radiation protection yang dikenali sebagai lead shielding untuk memastikan pendedahan radiasi terhadap anggota badan yang lain dapat dikurangkan dan dielakkan. 
Jadi, kepada semua yang membaca, semoga anda akan lebih berfikiran terbuka dan memahami tentang bidang ini dengan lebih baik ye. 

Sekian untuk kali ini.  

 

Nilai Pagi

Hari ini terasa indah untuk memulakan penulisan di blog. Jam sekarang menunjukkan pukul lapan pagi. Sementara menunggu kelas pukul sepuluh, ...