Sunday, March 6, 2022

Trip To Sabah-Part 2

 Yeayyy hari kedua menjelang sudah....

Hari kedua ni, banyak juga tempat menarik yang kami lawati. Pagi tu, kami pergi ke Sabah Tea. Pemandangan kat sini masyallah cantik yang amat. Menurut tourist guide kami, teh di sini menggunakan baja organik. 

Lepas ambil gambar, kami menikmati pula teh Sabah di situ. Fuhhhh. Nikmat sungguh rasanya dapat minum secangkir teh sambil menikmati pemandangan indah. Hati terasa tenang saje. 

Kami tidak berada lama di situ kerana perlu mengejar masa. Banyak lagi tempat yang perlu dilawati. Jadi, kami teruskan perjalanan ke Luanti Fish Spa yang terletak tidak jauh dari Sabah Tea. Oh ye, sebelum masuk ke setiap tempat tu jangan lupa scan mysejahtera supaya hidup anda lebih sejahtera gitu. Hahaha. 


Di sini, kami berpeluang 'bermain' bersama ikan. Pihak pengurus Luanti Fish Spa ada menyediakan makanan untuk ikan. Apabila kalian lemparkan sahaja makanan ikan ke dalam air, melompat-lompat lah depa berebut makanan. eeee comelll sangatttt.

One more things, di sini ada pantang larang sikit. Pertama, kita semua tidak dibenarkan mengambil apa jua barang mahupun batu yang berada di sini. Kedua, kita dilarang sama sekali mengangkat ikan apatah lagi mencederakan ikan. Hanya dibenarkan memberi makan dan menyentuh ikan sahaja. Menurut tourist guide kami lagi, ditakuti roh nenek moyang mereka akan marah jika pantang larang tersebut tidak dituruti. Wallahu 'alam. 

For our next destination, kami pergi pula ke Sabah Memorial Park. Di sini terdapat tiga jenis taman. Taman bunga, taman english dan tamannnnnn....









Semua sangat menarik di sini. Tapi apa yang paling menarik adalah pemandangan gunung beserta perkampungan mereka yang dapat dilihat dari sudut atas. 


Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli cenderahati, ada juga dijual disini. 





No comments:

Post a Comment

Nilai Pagi

Hari ini terasa indah untuk memulakan penulisan di blog. Jam sekarang menunjukkan pukul lapan pagi. Sementara menunggu kelas pukul sepuluh, ...