Semoga kalian seronok deh baca blog saya ni hahaha....
Hari ketiga-kalau sebelum ini kami di gunung, hari ini berbeza pula. Kami akan menjadi orang laut pula. Dari hotel, kami ke Jeti Jesselton point untuk ke pulau. Lebih kurang pukul 9 pagi, kami teruskan perjalanan ke Pulau Manukan dengan menaiki bot.
Seronok rasanya saat kami menaiki buat sambil melihat kepulauan yang ada disini disebelah kanan dan pemandangan bandaraya KK di sebelah kiri.
Lama juga kami memanjakan diri di pulau manukan. Selepas itu, kami singgah pula di Pulau Mamutik. Pulau Mamutik lebih jernih dan bersih airnya berbanding dengan Pulau Manukan. Mungkin hal ini disebabkan kedatangan pelancong ke Pulau Manukan lebih ramai berbanding Pulau Mamutik. Sebagai info tambahan, selain Pulau Manukan dan Pulau Mamutik, ada juga pulau-pulau lain di Sabah seperti Pulau Sapi dan Pulau Gaya. Tetapi Pulau Manukan dan Pulau Mamutik adalah antara yang menjadi tarikan pelancong di Sabah.
Selesai aktiviti snorkeling, paragliding dan mengambil gambar buat kenangan, kami pulang semula ke hotel di Bandar KK untuk solat dan berehat sebentar.
Petang-pukul 4 lebih, kami membeli-belah di Pasar Philipine-antara pasar yang terkenal dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke Sabah. Pasar ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Bahagian pertama adalah pasar yang menjual makanan laut dan juga kerepek serta belacan. Di bahagian kedua, banyak kraftangan, gelang mutiara dan cenderahati yang lain boleh didapati disini.
Setelah selesai shopping, kami pergi pula ke Pantai Tanjung Aru. Dikatakan bahawa pantai ini adalah antara tempat terbaik di Asia untuk mendapatkan pemandangan matahari terbenam. Kami tidak lama di sini kerana perut sudah berlagu minta diisi. Jadi sebelum pukul 6.30 petang, van yang kami naiki meluncur laju menuju ke kedai makan Todak di tepi laut. Feeling feeling makan di Tasik Bosphorus gitchewww gaisss hahahha.
No comments:
Post a Comment