Monday, November 29, 2021

Know Me Well

 




Assalamualaikum dan hai semua. Hari ini saya berhajat untuk membuat blog yang bertujuan untuk memberi sedikit sebanyak perkongsian ilmu dan pengalaman kepada para pembaca di luar sana. Untuk makluman semua, segala info yang ada di dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat saya sendiri. Sekiranya ada sebarang kekurangan dan kekhilafan, mohon dimaafkan.

Justeru itu, sebelum saya melanjutkan penulisan blog ini dengan lebih mendalam, ingin saya perkenalkan kepada para pembaca mengenai diri saya. Saya merupakan seorang pelajar tahun dua di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Saya melanjutkan pengajian dalam bidang Medical Imaging. Kiranya bakal jadi diagnostic radiographer laa gituww hihi. Insyaallah. Umur pula baru 20 tahun. Muda lagi kan? Hee. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Johor.

Ok kite kembali kepada topik asal. 

Jika ditanya mengapa saya membuat blog ini dan apa yang menjadi asbab kepada penubuhan blog ini? ok meh saya jawab.

Pertama sekali, hati saya terjentik saat saya terbaca sebuah hadith yang bermaksud, Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lainnya. Apabila saya terbaca hadith tersebut, saya mula terfikir apakah yang telah saya sumbangkan kepada masyarakat sejagat sepanjang umur saya 20 tahun ini. Adakah saya ingin hidup di dunia ini hanya sekadar hidup. Jadi, disebabkan minat saya dalam bidang penulisan, maka tercetuslah idea untuk menubuhkan blog ini. Semoga segala yang baik-baik dapat dimanfaatkan oleh semua pembaca. Dan besar harapan saya agar blog ini menjadi jariah yakni pahala yang berterusan buat saya kelak. 

Selain daripada berkongsi ilmu, saya berharap agar blog ini dapat menjadi satu wadah dan platform untuk saya menaik taraf kualiti diri saya sendiri.  

Ingin saya maklumkan juga, blog ini berkonsepkan santai sahaja; laras bahasa yang digunakan tidaklah terlalu formal yang mungkin akan membuatkan pembaca sedikit bosan. Konsep santai yang ingin saya terapkan dalam blog ini juga adalah konsep dimana saya cuba berkongsi ilmu lain dalam kita bersama-sama melalui proses pembelajaran hidup sepanjang hayat ini. Saya akan cuba berkongsi dengan anda semua info kesihatan, kerohanian, pemakanan dan macam-macam lagi. Bi iznillah (dengan izin allah). Selain itu, blog ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat-kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa. Diharapkan dengan penubuhan blog ini menjadi salah satu jalan kebaikan buat kita semua. 

Okey semua! Nantikan perkongsian menarik daripada saya insyaallah. Selamat membaca!

No comments:

Post a Comment

Nilai Pagi

Hari ini terasa indah untuk memulakan penulisan di blog. Jam sekarang menunjukkan pukul lapan pagi. Sementara menunggu kelas pukul sepuluh, ...