Tuesday, February 1, 2022

Roti Tempayan Kuantan

 Assalamualaikum dan hai semuaa...

Apa khabar kalian di sana?

Hari ini saya nak share antara tempat makan yang best di Kuantan. Jeng jeng jeng.

Restoran Roti Tempayan. Haa kedai ini tak jauh pun dari UIA. Jadi boleh ajak kawan-kawan makan kat sini. Saya sgt sgt recommend kedai ni sebab masakan dia memang tersangat lah sedap. Masyaallah. Tak rugi klau pergi. Menu utama pastilah roti tempayan yang aneka rasa. Kalian boleh order yang original (kosong), atau roti tempayan cheese dan nutella. Kalian juga boleh request kuah atau pencecah.

Satu lagi menu yang enak untuk dinikmati adalah Nasi Arab Ayam Tandoori. Seperti yang kalian boleh lihat dalam gambar. Saya telah pun mencuba kedua-dua menu tersebut. 



Okey. Saya nak juga kongsi tips makan. Sekiranya kalian pergi 'Jalan-jalan Cari Makan', kalian boleh deal untuk kongsi makan dengan kawan. Klau nak mudah kongsi berdua. Lebih mudah. 

Caranya:
1. Setiap orang akan order menu berbeza. Contohnya Orang A order roti tempayan cheese dan Orang B order Nasi Arab Ayam Tandoori.
2. Bila makanan dah sampai, minta satu pinggan kosong dan bahagikan kepada dua portion untuk setiap menu
3. Nanti bayaran juga akan dibahagi dua. Begituu hewhew

Nampak macam remeh je kan. Tapi please jangan pandang remeh. Haha.

Selain kenyang, kelebihan menggunakan tips ini juga adalah kalian dapat merasa lebih dari satu menu. Jadi, takdelah kalian dapat rasa satu makanan sahaja. Haa gitcheww.

Ok dah. Sekian sahaja moga bermanfaat. 

Menara Kuantan

 
Assalamualaikum dan hai semua!!!

Didoakan semoga para pembaca blog ini sentiasa sihat, ceria dan bahagia. 

Hari ini saya nak share tentang tempat menarik di Kuantan. Maklumlah dah jadi orang Kuantan, rugi pula kan kalau kita tak ambil peluang menjelajah Bumi Kuantan ni. Hihi.

Haritu saya berkesempatan untuk pergi ke Menara Teruntum. Terletak di tepi Sungai Pahang. 
Masyaallah memang sangat cantik pemandangan di atas menara tu. 

Harga masuk berbeza mengikut umur. 

Tapi kalau anda benar-benar ingin cuba, harga tersebut sangatlah berbaloi. 




Nilai Pagi

Hari ini terasa indah untuk memulakan penulisan di blog. Jam sekarang menunjukkan pukul lapan pagi. Sementara menunggu kelas pukul sepuluh, ...