Assalamualaikum dan hai semua. Diharapkan semua yang sudi membaca blog saya ini dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja. Insyaallah aaminn. Lama rasanya saya tidak menulis di blog kan sebab sebelum ni sibuk sikit dengan final exam
And now alhamdulillah. Diberi kesempatan untuk berehat due to our midsem break.
Ok. Sebenarnya untuk perkongsian kali ini, saya ingin berkongsi kepada kalian sedikit sebanyak tentang percutian kami sekeluarga ke Sabah haritu.
EXCITED TAK TUU HEHE...
Percutian ini dirancang oleh mama saya. Pada asalnya, mama saya berhajat untuk pergi ke destinasi lain. Namun begitu, terdapat kekangan masa antara cuti mama dan cuti saya. Maka, hajat tersebut terpaksa ditunda dahulu. Mungkin belum ada rezeki kami untuk ke sana. Tapi alhamdulillah Allah kurniakan rezeki lain pula, iaitu percutian ke Sabah selama 4 hari 3 malam.
Kami menaiki flight pukul 12 tengahari. Perjalanan dari KLIA ke Kota Kinabalu (KK) pula mengambil masa kira-kira dua jam setengah. Pengalaman menaiki kapal terbang untuk pertama kalinya begitu berharga buat saya. Bermula dari apa yang perlu dibuat di airport sehinggalah kaki betul-betul melangkah masuk ke dalam kapal terbang. Segala-galanya begitu indah untuk tidak diabadikan di sini.
Perkara pertama yang kalian perlu buat ketika sampai di airport adalah mencari tempat parking kereta yang dekat dengan lift. Tujuannya adalah supaya mudah sikit nak bawa beg nanti. Takdelah jauh sangat kan...And then, kalian boleh juga ambil gambar tiang berdekatan tempat kalian parking kereta. So that kalian tahu lah yang kalian parking dekat level berapa? Blok apa? dan sebagainya. Haaa contoh gambar sama macam dekat bawah tuu...
Masuk sahaja pintu utama nanti, jangan lupa scan mysejahtera taww. Sebab kita kenelah jaga SOP untuk elakkan penyebaran wabak di zaman Covid ni. Okeyy lepas dah masuk nak buat apa ehh???
Kalian boleh terus buat tagging for your luggage. After that, you can check in at the kaunter depends laa ke mana destinasi kalian. Sekiranya destinasi kalian ke luar negara, maka perlu check in dekat international punya kaunter gitu. Waktu check in tu, mereka akan minta IC, tiket penerbangan and also mysejahtera (nak tengok either kalian dah ambil vaksin ke belum). Kat kaunter ini juga, luggage kalian akan terus dihantar ke kapal terbang. So lega dah satu part. HAHAHA.
Oh ye, one more thing, kalau boleh kalian check in satu or dua jam awal. Kalau lambat nanti orang lain dah beratur dekat kaunter. It takes time juga laa nanti. Kalau dapat buat awal, takde laa rushing sangat kan. Better awal laa..
Ok next!!!
Kalian akan pergi ke balai pelepasan. But before that akan ada
Setibanya di lapangan terbang KK, kami telah disambut baik oleh tourist guide kami. Alhamdulillah lega sebab selamat mendarat di KK. Hahaha. Kami teruskan perjalanan ke Kundasang kerana jam sudah pun menunjukkan pukul 3 petang. Untuk pengetahuan kalian, waktu di Sabah lebih cepat berbanding waktu di Semenanjung. Maknanya, jika waktu solat Asar di Semenanjung pukul 4 lebih, waktu Solat Asar di Sabah dalam pukul tiga lebih. Ini kene alert sikit taw. Kalau tidak terlepas pula waktu solat nanti.
Pendakian kami ke Kundasang dengan menaiki van mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Struktur jalannya sama juga seperti laluan ke Cameron Highlands, cuma bezanya jalan lebih lebar. Kalau nak dibandingkan, bagi saya laluan ke Cameron Highland lebih mencabar kerena banyak selekoh yang berbahaya.
Sepanjang perjalanan, tourist guide kami ramah bercerita tentang sejarah nama Kinabalu. Menurut beliau, suatu ketika dahulu, seorang pedagang Cina yang datang ke situ telah berkahwin dengan wanita tempatan. Tidak lama selepas itu, pedagang Cina itu pulang ke negara asalnya dan kembali lagi ke situ. Hampir setiap hari isterinya menunggu kepulangan beliau puncak gunung Kinabalu tersebut. Rupa-rupanya semuanya telah mati di sana dan disebabkan itulah namanya Cina Balu. Balu kepada Cina tadi yang sentiasa menunggu kepulangannya di puncak Gunung Kinabalu. Dari Cina Balu bertukar namanya menjadi Kinabalu. Namun begitu, ini adalah mitos sahaja. Cerita yang sebenarnya wallahu 'alam. Allah jualah yang lebih mengetahui.

Sepanjang perjalanan, kami disapa oleh kabus putih yang kian menebal. Pipi terasa kedinginan gunung membuai jiwa setiap kami. Suasananya indah nian. Kami dihidangkan dengan pemandangan pepohan yang menghijau juga dihiasi dengan gunung-ganang yang terlukis indah di setiap sudut. Masyallah tabarakallah!
Kami berhenti di masjid untuk menunaikan solat sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan Nabalu. HAA MESTI KALIAN TERTANYA-TANYA APA YANG ADA DEKAT SITU KAN???
Dekat Pekan Nabalu ini, terdapat gerai-gerai yang kelihatan seperti pasar malam. Ada pelbagai jenis buah-buahan yang dijual disini. Kami tidak makan buah lain tapi mencari durian di sini. HEHEHE...Boleh juga buat panaskan badan sikit gitcheww...Oh ye, buah-buahan di sini agak murah. Jadi, boleh lah borong bagi sesiapa yang penggemar buah tuu.
Kami teruskan lagi pengembaraan menuju tempat penginapan yang telah disediakan oleh travel agent kami. Apabila sampai, kami solat dahulu kemudian turun makan malam. Satu perkara yang kalian perlu tahu, di Kundasang ini malamnya 'mati' (istilah yang digunakan oleh tourist guide kami). Maknanya, waktu malam agak sunyi. Tiada lagi orang berjalan-jalan, berjual beli mahupun apa sahaja aktiviti lain. Juga, di Kundasang ini tiada pembangunan yang pesat dilakukan. Bangunan yang dibina disini tidak sehebat bangunan yang dibina di Cameron Highlands. Saya kira mungkin orang-orang disini sangat mencintai alam. Maka, mereka sedaya upaya memelihara dan menjaga Kundasang daripada mengubah struktur dan rupa asalnya. Disebabkan itu juga, tiadalah pembinaan bangunan-bangunan tinggi disini. Syukur masih ada lagi tempat yang jauh dari kerosakan alam.