Friday, March 18, 2022

CABARAN SEBAGAI PENUNTUT ILMU


Assalamualaikum semua. Semoga yang sedang membaca blog saya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Hari ini tiada perkongsian yang khusus sebenarnya. Saya baru sahaja dua minggu masuk sem baru, which is sem 2. Jadi, waktu awal sem ni, tidaklah terlalu busy sangat. Tu yang saya berkesempatan untuk buat blog sekejap hehe.

Alhamdulillah setakat ini semua berjalan lancar. Dari urusan pendaftaran masuk mahallah, daftar subjek sehinggalah sekarang. 

Sedang saya 'scroll' status 'whatsapp' sebentar tadi, saya lihat salah satu daripada status kawan saya berada di 'Sport Complex' UIA. Wah tentunya dia salah seorang daripada peserta sukan (ada program Inter Department Game). Mesti dia seorang yang hebat kerana dapat bahagikan masa training dengan masa belajar dengan baik. Tentu juga stamina badan dia cukup kuat kerana lepas penat bersukan, minda pula harus difokuskan pada pembelajaran. Itulah yang berada dalam fikiran saya.

Saya 'scroll' lagi-ternampak status kawan seorang lagi pergi mandi air terjun Kuantan dengan 'roommate'nye. Lagi teruja saya dibuatnya. HAHAHAH

'Scroll' lagi kawan lain punya status-ada yang pergi KL (walaupun cuti dua hari sahaja), ada yang pergi makan-makan dan ada juga yang pergi bermain 'bowling'. 

Sebagai seorang remaja, pastinya sedikit sebanyak aktiviti mereka menggugat jiwa saya. Pasti ada rasa teringin nak buat semua benda. Seronok berjalan ke sana sini. Lama juga saya muhasabah diri. Sedaya upaya mengimbangi setiap sudut dan segi. 

Apabila difikir-fikir kembali, saya mulai sedar bahawa setiap orang punya cara yang tersendiri. Punya kebolehan yang tersendiri yang Allah beri. 

Saya bukanlah seorang pelajar yang 'gifted'. Saya perlu mula melangkah dari awal dan harus kekalkan momentum sepanjang perjalanan supaya dapat sampai ke garisan penamat. Saya bukan seorang yang boleh melakukan kerja 'last minute'. Saya juga bukan seorang yang mampu 'study' last minute dalam kuantiti yang banyak. Saya perlu masa yang panjang untuk saya faham dan hadam sesuatu ilmu baru. Perlukan masa untuk ingat satu persatu istilah baru. Jadi, saya perlu bermula dari awal. Biarpun sedikit kadarnya, namun saya pesan pada diri, "tidak mengapa sikit kadar bacaannya, janji setiap hari punya usaha kecil untuk memahaminya." 

Setiap hari memujuk diri untuk selalu kuat dan terus bersemangat meskipun kadang usahanya terlihat kecil sekali.

Mungkin dari satu sisi, saya mungkin tidak akan dapat buat semua perkara yang kawan-kawan saya buat. Tapi dari satu sisi yang lain, saya sedar bahawa ini adalah cara Allah mengajar saya untuk kenalpasti apa yang menjadi keutamaan dalam hidup (PRIORITY). Mungkin kerana saya bukanlah seorang yang 'gifted', maka Allah pandu hati saya untuk bersedia dari awal dan jangan terlalu bersuka ria agar tidak terlalai. Terlalai daripada menyedari tanggungjawab seorang penuntut ilmu. 

Saya bukan orang kuantan. Saya datang nun jauh dari kampung, bermusafir sebentar di bumi kuantan. Dan saya perlu sedar bahawa permusafiran ini ada tujuannya-iaitu menuntut ilmu kerana Allah. Saya datang dengan sebuah keazaman dan harapan. Moga kelak saya pulang bersama sebuah kejayaan. 

Namun begitu, tidaklah setiap waktu saya duduk di dalam bilik memegang buku. Ada juga waktu yang saya peruntukkan untuk bina semangat baru. Dengan cara? Pergi jogging, makan di kedai dan sebagainya. Cuma saya tidak kerap melakukannya. Apabila ada keperluan ataupun jika sudah terlalu lama duduk di bilik, baru saya akan mencari idea untuk buat aktiviti lain. 

Saya fikir, inilah pengorbanan yang harus saya lakukan sebagai penuntut ilmu. Ada perkara yang membatasi saya daripada melakukan perkara yang hampir semua remaja suka lakukan-shopping, hiking, main bowling dengan kawan. 

Cabaran sebagai penuntut ilmu itu akan selalu ada. Semoga Allah selalu pandu hati kita untuk buat perkara yang menurut Allah terbaik untuk kita. 

Semoga yang membaca, dapat sesuatu yang boleh dijadikan pengajaran ye dalam perkongsian kali ini. Doakan saya juga. 

Wallahu 'alam.

Tuesday, March 15, 2022

Rindu Yang Tidak Bernoktah

 Pernah dulu ternanti-nanti,

Kalau kalau ada message di notifikasi,

Tujuannya tidak lain, hanya mahu berkomunikasi,

Tentang bagaimana hari2 yg dilalui,

Biar hilang segala gundah dihati,

Sekurang kurangnya segala khabar dpt jua diketahui,

Sama juga apa yg kurasai tika ini,

Mahu sahaja di'chat' setiap hari,

Biar terubat kerinduan di hati,

Namun pastinya ada waktu dan komitmen yg membatasi,


Lalu, kusedari,

Bukan kerna jarak yg membuat diri ini ternanti,

Tapi kerana dekatnya mereka di hati,

Lantas, doa untuk mereka tidak pernah berhenti. 

Ya rabb, semoga keluarga-mama, ayah, adik-adik mahupun siapa sahaja yang kami sayangi sentiasa dalam jagaan-Mu. Aaminn ya rabb. 

SECEBIS KATA PENUH MAKNA

Satu perkara yg kita perlu ingat, kehidupan adalah tempat untuk kita berpenat. 

Kelak di akhirat akan menjadi tempat untuk kita berehat. 

Hakikatnya, kita akan sentiasa diuji. 

Dari sekecil-kecil hal sehinggalah sebesar-besar hal, segalanya untuk mengukur tahap kesabaran diri. 

Kadang kita akui, saat diuji, kita bermain hebat dengan emosi. 

Harus terima takdir yang bukan diingini. 

Harus mengikhlaskan apa yg ditakdir pergi. 

Kadang harus berdamai dengan sesuatu yg diluar kemahuan diri. 

Kerna itu perlu difahami bahawa kehidupan tidak akan menjadi lebih mudah. Akan tetapi, kita akan menjadi lebih kuat. Kuat pengharapan dan pergantungannya pada ilahi. 

Maka, tetaplah bersemangat melewati setiap detik dalam hidup. 

Ada berpesan seorang murabbi, Ustaz Wadi Anuar, kata beliau-sesiapa yang hidupnya sentiasa mengingati allah, mendahulukan allah, mengutamakan allah, maka allah akan sentiasa membantunya dalam setiap ujian yg dihadapi. Wallahu 'alam. 

Semoga secebis kata ini mampu memberi semangat buat kita semua. Insyaallah

✨☕️❤️

Monday, March 7, 2022

Satu Kata Dari Jiwa

 

(sumber:foto sendiri)

Dihantar tuhan jauh ke bumi kuantan
Dengan tujuan menambah ilmu dan pengalaman
Juga untuk mencari ibrah di sepanjang perjalanan
Namun melihat diri ini banyaknya kelemahan
Tiadalah ku tetap disini melainkan datangnya kekuatan
Kekuatan dari hebatnya doa yang mama ayah titipkan
Perjalanan ini memberikan ku banyak pengajaran
Untuk ku sentiasa imbangi antara kesabaran dan kesyukuran
Untuk ku perbaiki luhurnya pertuturan
Untuk ku kekalkan jati diri walau kemana hala tujuan
Untuk ku amati manisnya kasih sayang yg disulam kerinduan
Dan untuk ku teguhkan tekad dan keazaman
Di saat dunia kian penuh dengan cabaran
Semoga hati ini sentiasa memaknai erti bertuhan
Semoga jiwa ini sentiasa merendah diri penuh kehambaan
Walau setinggi mana destinasi pendakian
Moga diri ini tidak lupa asal usul kehidupan. 

Wallahu 'alam
Doakan saya. Syukran๐Ÿ❤️

Sunday, March 6, 2022

Cinta Daun Maple

Percutian ke Sabah selama 4 hari 3 malam merupakan sebuah kembara mencari hikmah buat kami sekeluarga. Bukan sekadar niat untuk melancong semata, tetapi lebih kepada menghayati penciptaan indah alam yang Esa. Dari penerbangan di langit biru, pendakian gunung kinabalu sehinggalah berenang di kepulauan yang memukau kalbu. Setiap detik yang dilalui, ada hikmah tersembunyi yang kami temui. 

Cinta Daun Maple-ilham tajuk daripada omma. Hehe. Menjadi simbolik kepada percutian kami kali ini. Pokok Maple yang kami temui secara tidak sengaja di tepi jalan ini saya kira sangat unik ciptaan-Nya. Berlatarbelakangkan keindahan gunung-ganang yang menghijau. Di sini terasa cinta kami pada Rabb kami semakin mekar berputik. Asbab melihat keagungan dan kekuasaannya dalam mencipta sesua. Oleh itu, ingin saya kongsikan beberapa ibrah yang diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak manfaat buat kalian nanti. Insyallah aminn...


1. KESIHATAN DAN KESELAMATAN
Dua perkara penting yang mesti dijaga dengan baik sebelum, semasa dan selepas percutian adalah tentang kesihatan dan keselamatan. Kata orang bijak pandai, kesihatan adalah mahkota kehidupan. Orang yang sihat mampu melakukan banyak perkara. Justeru, kesihatan adalah amanah yang harus dijaga dengan baik dan perlulah seiring dengan usaha untuk terus mengekalkan nikmat sihat tersebut. 

2. DOA DAN TAWAKKAL
Apa sahaja perkara yang hendak dilakukan dalam hidup, harus sentiasa berdoa kepada Allah diiringi dengan tawakkal. Hatta untuk pergi bercuti sekalipun harus sentiasa berdoa- berdoa agar dikurniakan permusafiran yang selamat dan diberkati, berdoa agar dipertemukan dengan masyarakat setempat yang baik-baik, berdoa agar dilindungi daripada wabak Covid-19, berdoa agar selamat sampai ke semua destinasi, berdoa agar dikurniakan tempat penginapan dan pengangkutan yang baik dan selesa. Berdoa agar tiada sebarang musibah atau masalah teknikal yang lain melanda. Mesti berdoa. Harus berdoa. Dan sentiasa berdoa. Kerana doa bukan sahaja senjata orang mukmin, bahkan ia merupakan kayu ukur sejauh mana kebergantungan dan keyakinan kita pada Allah. 

3. NIAT
Sebagai seorang Muslim, apa jua yang dilakukan adalah berdasarkan niat. Maka, eloklah diniatkan permusafiran kerana Allah. Semoga asbab niat baik tersebut, Allah rahmati setiap langkah, Allah hindari sebarang musibah dan Allah kurnia dalam keluarga rasa mahabbah. Amminn ya rabb.

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

ุฅِู†َّู…َุง ุงู„ุฃَุนْู…َุงู„ُ ุจِุงู„ู†ِّูŠَุงุชِ، ูˆَุฅِู†َّู…َุง ู„ِูƒُู„ِّ ุงู…ْุฑِู‰ุกٍ ู…َุง ู†َูˆَู‰ ูَู…َู†ْ ูƒَุงู†َุชْ ู‡ِุฌْุฑَุชُู‡ُ ุฅِู„َู‰ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุฑَุณُูˆْู„ِู‡ِ ูَู‡ِุฌْุฑَุชُู‡ُ ุฅِู„َู‰ ุงู„ู„ู‡ ูˆَุฑَุณُูˆْู„ِู‡ِ ูˆَู…َู†ْ ูƒَุงู†َุชْ ู‡ِุฌْุฑَุชُู‡ُ ู„ِุฏُู†ْูŠَุง ูŠُุตِูŠْุจُู‡َุง ุฃَูˆْ ุงِู…ْุฑَุฃَุฉٍ ูŠَู†ْูƒِุญُู‡َุง ูَู‡ِุฌْุฑَุชُู‡ُ ุฅِู„َู‰ ู…َุง ู‡َุงุฌَุฑَ ุฅِู„َูŠْู‡ِ

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”.


4. REZEKI
Bercakap tentang rezeki, satu perkara yang saya belajar daripada permusafiran ini adalah rezeki itu sangat luas. Allah Maha Pemurah terhadap hamba-hambanya. Disaat kami merancang untuk percutian lain, namun tidak dapat disebabkan kekangan waktu, Allah kurniakan pula rezeki percutian ke Sabah yang saya kira tidak kurang hebatnya. Jadi, sentiasalah kita bersangka baik dengan takdir yang Allah susun cantik untuk kita. Semoga ianya membawa keberkatan yang lebih besar. 

5. PANTANG LARANG
Pepatah Melayu ada menyebut, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Kemana jua kita melangkah pergi, segala adat budaya masyarakat harus dihormati, agar kelak tidak memakan diri. 

6. SYUKUR
Seorang murabbi pernah berpesan bahawasanya sabar dan syukur harus sentiasa diimbangi. Hal ini demikian kerana dalam hidup ini, nikmat dan ujian acap kali berselang-seli. Maka, sepanjang perjalanan kami melatih diri dan hati untuk sentiasa meletakkan rasa syukur pada Ilahi ditempat tertinggi. Biar nanti ia membuahkan kasih yang abadi pada Rabbul'Izzati. 

Syukur saat dapat menikmati enaknya makanan. Syukur saat dikurniakan lancarnya perjalanan. Syukur saat dipertemukan dengan orang-orang yang tinggi akhlak dan elok keperibadian. Syukurlah meski ia hanyalah perkara kecil. Kelak, ia akan menjadi suatu kenikmatan yang besar. 

ู„َู‰ِูٕ†ْ ุดَูƒَุฑْุชُู…ْ ู„َุงَุฒِูŠْุฏَู†َّูƒُู…ْ ูˆَู„َู‰ِูٕ†ْ ูƒَูَุฑْุชُู…ْ ุงِู†َّ ุนَุฐَุงุจِูŠْ ู„َุดَุฏِูŠْุฏٌ
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”
(Ibrahim:7)

Trip To Sabah-Part 4

 Hari terakhir sudah huhuhu...

Flight kami pada pukul 4 petang. Jadi, dikesempatan yang ada kami sempat bersiar-siar di Kota KK ini. Banyak juga tempat menarik di sini rupanya. Meh saya cerita satu per satu.

Selepas bersarapan di hotel, kami singgah di kedai Jamilah namanya. Kedai ini banyak juga menjual gelang, rantai serta cincin mutiara yang berasakan mutiara. Ada juga barangan kraftangan di tingkat atas bangunan. 




Sarapan di Hotel 


 
Pemandangan dari hotel tempat kami menginap




Selesai membeli-belah, kami pergi ke Muzium Sabah. Muzium Sabah ni umumnya terdapat pelbagai artifak mahupun tinggalan masyarakat tempatan dahulu yang dipelihara dengan tujuan agar dapat ditatap oleh generasi masa kini. Dari jenis pakaian, alatan memasak sehinggalah alat muzik yang mereka gunakan, dapat dilihat di situ. 


Di bahagian luar muzium, terdapat satu laluan kampung. Haaa dekat sini kalian akan dapat merasai suasana kampung zaman dahulu. Jauh dari pembangunan dan kecanggihan. Yang ada cuma melodi rimba yang menjadi peneman. Hehe...




Rumah panjang yang terdapat di Muzium Sabah



Suasana dalam rumah panjang ni sangat meriah. Di bahagian kanan pintu masuk kami sudah disambut dengan aneka kraftangan dan cenderahati yang lain. Haish kalau dah namanya perempuan tu, shopping tetap shopping. Maka, rambanglah mata ini nak pilih gelang yang mana satu HAHAHAH....




 


Selepas Muzium, kami bergerak menuju ke Masjid Terapung Kota Kinabalu. Masyallah. Masjidnya sangat tenang dengan ukiran kesenian Islam. 



Bangunan jam. Satu-satunya bangunan yang masih kekal selepas pengeboman di Sabah suatu ketika dahulu. 

Gereja yang telah ditukar kepada masjid. Alhamdulillah. Dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung. Semoga dakwah Islam semakin tersebar luas di seluruh pelosok dunia. 


Okey yang ni pula apa ni???

Ini adalah Bangunan Yayasan Negeri Sabah. Kami panggil bangunan bateri kerana struktur dan bentuknya serupa bateri. Apa istimewanya bangunan ni???

Haa...Bangunan ini dibina dengan menggunakan hanya satu tiang sahaja. 


Ini pula view from the opposite site of "Bangunan Bateri"(sekadar istilah kami sahaja)

Jam sudahpun menunjukkan pukul 12 tengahari. Kami ambil keputusan untuk singgah makan sebelum terus ke airport KK. 



Perjalanan ke kedai makan, kami berkesempatan melalui satu lagi masjid di negeri Sabah yang dikenali sebagai Masjid Kubah Emas. Namun, disebabkan kesuntukan waktu, kami tidak sempat singgah. Ghisauu ye tertinggal flight HAHAHAH...






Nilai Pagi

Hari ini terasa indah untuk memulakan penulisan di blog. Jam sekarang menunjukkan pukul lapan pagi. Sementara menunggu kelas pukul sepuluh, ...