Friday, March 18, 2022

CABARAN SEBAGAI PENUNTUT ILMU


Assalamualaikum semua. Semoga yang sedang membaca blog saya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Hari ini tiada perkongsian yang khusus sebenarnya. Saya baru sahaja dua minggu masuk sem baru, which is sem 2. Jadi, waktu awal sem ni, tidaklah terlalu busy sangat. Tu yang saya berkesempatan untuk buat blog sekejap hehe.

Alhamdulillah setakat ini semua berjalan lancar. Dari urusan pendaftaran masuk mahallah, daftar subjek sehinggalah sekarang. 

Sedang saya 'scroll' status 'whatsapp' sebentar tadi, saya lihat salah satu daripada status kawan saya berada di 'Sport Complex' UIA. Wah tentunya dia salah seorang daripada peserta sukan (ada program Inter Department Game). Mesti dia seorang yang hebat kerana dapat bahagikan masa training dengan masa belajar dengan baik. Tentu juga stamina badan dia cukup kuat kerana lepas penat bersukan, minda pula harus difokuskan pada pembelajaran. Itulah yang berada dalam fikiran saya.

Saya 'scroll' lagi-ternampak status kawan seorang lagi pergi mandi air terjun Kuantan dengan 'roommate'nye. Lagi teruja saya dibuatnya. HAHAHAH

'Scroll' lagi kawan lain punya status-ada yang pergi KL (walaupun cuti dua hari sahaja), ada yang pergi makan-makan dan ada juga yang pergi bermain 'bowling'. 

Sebagai seorang remaja, pastinya sedikit sebanyak aktiviti mereka menggugat jiwa saya. Pasti ada rasa teringin nak buat semua benda. Seronok berjalan ke sana sini. Lama juga saya muhasabah diri. Sedaya upaya mengimbangi setiap sudut dan segi. 

Apabila difikir-fikir kembali, saya mulai sedar bahawa setiap orang punya cara yang tersendiri. Punya kebolehan yang tersendiri yang Allah beri. 

Saya bukanlah seorang pelajar yang 'gifted'. Saya perlu mula melangkah dari awal dan harus kekalkan momentum sepanjang perjalanan supaya dapat sampai ke garisan penamat. Saya bukan seorang yang boleh melakukan kerja 'last minute'. Saya juga bukan seorang yang mampu 'study' last minute dalam kuantiti yang banyak. Saya perlu masa yang panjang untuk saya faham dan hadam sesuatu ilmu baru. Perlukan masa untuk ingat satu persatu istilah baru. Jadi, saya perlu bermula dari awal. Biarpun sedikit kadarnya, namun saya pesan pada diri, "tidak mengapa sikit kadar bacaannya, janji setiap hari punya usaha kecil untuk memahaminya." 

Setiap hari memujuk diri untuk selalu kuat dan terus bersemangat meskipun kadang usahanya terlihat kecil sekali.

Mungkin dari satu sisi, saya mungkin tidak akan dapat buat semua perkara yang kawan-kawan saya buat. Tapi dari satu sisi yang lain, saya sedar bahawa ini adalah cara Allah mengajar saya untuk kenalpasti apa yang menjadi keutamaan dalam hidup (PRIORITY). Mungkin kerana saya bukanlah seorang yang 'gifted', maka Allah pandu hati saya untuk bersedia dari awal dan jangan terlalu bersuka ria agar tidak terlalai. Terlalai daripada menyedari tanggungjawab seorang penuntut ilmu. 

Saya bukan orang kuantan. Saya datang nun jauh dari kampung, bermusafir sebentar di bumi kuantan. Dan saya perlu sedar bahawa permusafiran ini ada tujuannya-iaitu menuntut ilmu kerana Allah. Saya datang dengan sebuah keazaman dan harapan. Moga kelak saya pulang bersama sebuah kejayaan. 

Namun begitu, tidaklah setiap waktu saya duduk di dalam bilik memegang buku. Ada juga waktu yang saya peruntukkan untuk bina semangat baru. Dengan cara? Pergi jogging, makan di kedai dan sebagainya. Cuma saya tidak kerap melakukannya. Apabila ada keperluan ataupun jika sudah terlalu lama duduk di bilik, baru saya akan mencari idea untuk buat aktiviti lain. 

Saya fikir, inilah pengorbanan yang harus saya lakukan sebagai penuntut ilmu. Ada perkara yang membatasi saya daripada melakukan perkara yang hampir semua remaja suka lakukan-shopping, hiking, main bowling dengan kawan. 

Cabaran sebagai penuntut ilmu itu akan selalu ada. Semoga Allah selalu pandu hati kita untuk buat perkara yang menurut Allah terbaik untuk kita. 

Semoga yang membaca, dapat sesuatu yang boleh dijadikan pengajaran ye dalam perkongsian kali ini. Doakan saya juga. 

Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment

Nilai Pagi

Hari ini terasa indah untuk memulakan penulisan di blog. Jam sekarang menunjukkan pukul lapan pagi. Sementara menunggu kelas pukul sepuluh, ...