Wednesday, December 8, 2021

Assessment As A Junior Radiographer

 Assalamualaikum dan hai semua. Semoga kalian baik-baik sahaja. Hari ini saya nak share pengalaman di 'assest' oleh Dr (lecturer radiografi kami) untuk pertama kalinya kami melakukan assesment secara bersemuka atau 'face to face'. 

Kami akan di panggil secara 'paired'. Maknanya, seorang akan menjadi patient dan yang seorang lagi akan act as a JUNIOR RADIOGRAPHER. 

Haaa serious debar sungguh waktu nak tunggu turn sampai. Waktu ni banyak baca selawat ye supaya hati tenang. Klau hati tak tenang, yang senang jadi hilang. hahaha

Sebenarnya, projection (nama pemeriksaan x-ray) yang kami dapat tidaklah sesusah yang dibayangkan. Cuma kalau terlalu nervous, segalanya kelaut nanti. Jadi, tips waktu nak kene assest adalah perlu BERTENANG dahulu. 

Ok next...

Sebagai radiografer, perkara ppertama yang kalian perlu buat sebelum meneruskan pemeriksaan adalah CONFIRMATION OF PATIENT'S IDENTIFICATION.

Kalian perlu tanya nama, no kad pengenalan, nak buat x-ray bahagian apa dan LMP (spesifically for female patient only)

Apa tujuan nya nak tanya patients soalan banyak-banyak macam ni? hahaha

TUJUAN nya adalah supaya radiografer tidak tersalah panggil orang. Kadang-kadang ada orang yang nama nya sama. Sebab itu perlu confirmkan guna nombor ic pula gtuhh. Takde laa nanti dah siap buat pemeriksaan semua, tiba-tiba eh silap panggil patient. Haaa kan dah susah. Mendatangkan risiko double exposure pada patient satu hal. Lepastu nak kene repeat procedure, sedangkan patient tengah sakit ataupun dh penat. Banyak kesan buruknye. Jadi, itulah sebab kenapa radiografer perlu tanya semua soalan di atas. 

Kemudian, step yang seterusnya adalah kalian perlu mengendalikan mesin x-ray dan posisikan patients depends on what projection you guys get. 

Jangan lupa untuk suruh patient tukar baju into hospital gown provided and also remove all the radiopaque objects. 

And then, bagi patient pakai lead shielding for radiation protection for sensitive organs. 

Marker either left or right pun jangan lupa letak.

Last but not least, breathing instruction if needed. 

Done yeayyy. Senang je kan. HAHAHA. Minta maaf nampak macam senang, tapi.....(sambung sendiri kihkih)


Ok itu je kot perkongsian kali ini. Mohon doa daripada kalian semua saya dan kawan-kawan dipermudahkan urusan especially untuk assesment. 

Bagi saya, klau yang dh biasa buat insyaallah akan rasa mudah. Tapi disebabkan kami baru first time pegang x-ray machine (padahal dah second year), maka jadilah gini. Haha

Yang penting kene yakin dan percaya pada diri sendiri. Doa selalu semoga allah kurniakan kemudahan ye. Ok see you in the next sharing. Thank you. 


one quote per day

 


Hidup ini suma sekali. Dan yang mengatur hidup kita ya diri kita sendiri, bukan orang lain. Bahagia atau tidak, kita yang tentukan. Salah banget kalau kita terus-terusan sedih sementara banyak hal yang bikin kita bahagia sudah menunggu di depan mata- Ria Ricis

Kita semua beruntung. Bergantung kepada seberapa banyaknya kita bersyukur setiap detik-Ria Ricis

Annyeong! Hehe

Saya bercadang untuk kongsi kata-kata semangat daripada orang-orang hebat buat kalian. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi inspirasi buat diri saya sendiri dan juga buat kalian. Semoga ada kebaikan yang diperolehi. 

Justeru, kata-kata di atas adalah daripada Kak Ria Ricis, seorang Youtuber dari negara Indonesia. Beliau merupakan selebriti yang saya kira lain daripada yang lain. Asbabnya, beliau sering memaparkan vlog yang lucu dan bahgia selalu, membuatkan saya terfikir sejenak, bukankah hidup ini sewajarnya kita belajar untuk membahagiakan diri kita dan orang disekeliling. Jika asyik difikirkan tentang kesusahan dan ujian, semua orang punyai cerita hidup yang berbeda. Benar, kan?

Nah, maka bertepatan dengan kata-kata kak ria ricis, marilah kita melukis lukisan hidup yang membahagiakan.

Sekian. 

Anatomy

 Assalamualaikum dan hai semua. Semua hari kalian dimulai dengan sesuatu yang baik belaka deh. Insyaallah...

So, hari ni saya nak share sikit tips untuk anda semua berasa seronok belajar anatomy. HAHAHA


Sumber: Foto sendiri

Nah, begitulah saya buat nota untuk belajar anatomy. Kalian akan lebih pro dalam lukisan klau belajar anatomy ni taww hihihi. 

Tips Belajar Anatomy:

1. Mesti rajin untuk melukis the structure of the organs
2. Gunakan kreativiti kalian untuk membuat nota lebih menarik. Contohnya, kalian boleh menggunakan variasi warna untuk membuat nota tersebut
3. Anda boleh spesifikkan untuk melukis satu struktur, satu kertas lukisan. Sebabnya, anda akan lebih mudah melabel gambar
4. Sekianya ada ruangan kosong, anda boleh membuat keywords yang bersesuaian agar lebih mudah untuk diingati.

Tidak mengapa je seandainya lukisan anda tidak cantik, YANG PENTING BOLEH DIFAHAMI DAN DILABEL DENGAN BAIK. 

Sekian sahaja untuk hari ini. Semoga peroleh manfaat sedikit sebanyak. 


Wednesday, December 1, 2021

Tetap Semangat

 

Sumber: Pinterest

Hitam Putih X-ray

 Annyeong everyone...Seperti selalu, setiap waktu bersama tajuk baru, supaya para pembaca tidak bosan dan jemu, agar peroleh luasnya ilmu. 

Our topic for today is quite interesting, right?

Hitam Putih x-ray...Apa maknanya tuu...

Hitam putih x-ray ini merujuk kepada gambar x-ray itu sendiri atau lebih dikenali sebagai 'film'. 

Sumber: Google

Warna tersebut bukanlah suka-suka diletakkan begitu. Hitam dan putih memberi maksud yang berlainan pada x-ray film. Dalam pembelajari tentang x-ray, perkara paling utama yang harus dipelajari adalah anatomi badan manusia. Anatomi tu apa?

ANATOMI ADALAHPEMBELAJARAN TENTANG STRUKTUR BADAN MANUSIA

Contohnya, tulang ini namanya apa. Sendi ini namanya apa. Berapa jenis tulang yang ada untuk jari.
Nah, begitulah secara spesifik dan saintifiknya. 

Namun begitu, percaya atau tidak, kalian juga sebenarnya boleh membaca x-ray film jika tahu tiga perkara asas ini. 
1. Warna Putih: untuk tulang (bones)
2. Warna kelabu: untuk tisu badan
3. Warna hitam: untuk ruang udara ataupun ruang retakan (fracture)




The History

Assalamualikum teman-teman. Aku senang banget sih hari ini. Soalnya hari ini aku banyak bangett idea-idea baru untuk diceritakan sama kalian gituww. Moganya kalian enggak jemu dong dengarin cerita aku hehehe

Ok hari ini saya nak cerita tentang sejarah x-ray

Sumber: Google 

Pada December 1895, x-ray ini telah ditemui oleh W.C. Roentgen. Beliau merupakan seorang Profesor Fizik di Wurzburg, Bavaria. Beliau telah menemui x-ray itu secara tidak sengaja semasa membuat uji kaji tentang cathode ray. Pada mulanya, beliau ingin menjalan eksperimen terhadap cathode ray untuk melihat sama ada ia boleh menembusi kaca ataupun tidak. Dan beliau terkejut apabila melihat ada suatu cahaya misteri (yang tidak diketahunya) telah berjaya menembusi kaca tersebut. Disebabkan beliau tidak mengetahui cahaya itu adalah cahaya apa, maka beliau menamakannya sebagai cahaya x (unknown). Rentetan daripada itu, terwujudlah sebuah nama yang masih digunakan oleh kita sampai masa kini iaitu sinaran x atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai x-ray. 

Selepas itu, usaha beliau tidak terhenti di situ.Beliau telah menjalankan kajian dan telah mendapat tahu bahawa x-ray itu boleh menembusi tisu badan manusia. Maka, perkhabaran tersebut telah tersebar ke merata dunia. Pastinya ini adalah sebuah kejayaan yang besar dan amat membanggakan kerana ia telah membahawa revolusi baru terhadap perkembangan ilmu kesihatan dunia. 
 





Nilai Pagi

Hari ini terasa indah untuk memulakan penulisan di blog. Jam sekarang menunjukkan pukul lapan pagi. Sementara menunggu kelas pukul sepuluh, ...