Assalamualikum teman-teman. Aku senang banget sih hari ini. Soalnya hari ini aku banyak bangett idea-idea baru untuk diceritakan sama kalian gituww. Moganya kalian enggak jemu dong dengarin cerita aku hehehe
Ok hari ini saya nak cerita tentang sejarah x-ray
Pada December 1895, x-ray ini telah ditemui oleh W.C. Roentgen. Beliau merupakan seorang Profesor Fizik di Wurzburg, Bavaria. Beliau telah menemui x-ray itu secara tidak sengaja semasa membuat uji kaji tentang cathode ray. Pada mulanya, beliau ingin menjalan eksperimen terhadap cathode ray untuk melihat sama ada ia boleh menembusi kaca ataupun tidak. Dan beliau terkejut apabila melihat ada suatu cahaya misteri (yang tidak diketahunya) telah berjaya menembusi kaca tersebut. Disebabkan beliau tidak mengetahui cahaya itu adalah cahaya apa, maka beliau menamakannya sebagai cahaya x (unknown). Rentetan daripada itu, terwujudlah sebuah nama yang masih digunakan oleh kita sampai masa kini iaitu sinaran x atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai x-ray.
Selepas itu, usaha beliau tidak terhenti di situ.Beliau telah menjalankan kajian dan telah mendapat tahu bahawa x-ray itu boleh menembusi tisu badan manusia. Maka, perkhabaran tersebut telah tersebar ke merata dunia. Pastinya ini adalah sebuah kejayaan yang besar dan amat membanggakan kerana ia telah membahawa revolusi baru terhadap perkembangan ilmu kesihatan dunia.
No comments:
Post a Comment