Sumber: Foto sendiri
Assalamualaikum dan hai sahabat pena sekalian...
Hari ini saya nak share mutiara kata daripada Prof Muhaya.
Kata beliau, ada EMPAT PERKARA YANG AKAN MENYELAMATAKAN KITA:
1. Apabila bersendirian, jaga hati kita
Pelihara hati daripada berfikiran negatif.
2. Apabila berjumpa orang, jaga lidah kita
Agar kita tidak melukakan hati orang disekeliling
3. Apabila di tempat awam, jaga pandangan kita
Agar kita tidak melihat keburukan orang disekeliling
4. Apabila di tempat makan, jaga perut kita
Supaya dapat mengawal pemakanan
Nah, begitulah pesanan daripada insan hebat ini. Masyaallah.
Kalau kalian nak tahu, saya sangat suka mendengar perkongsian ilmu daripada Prof Muhaya. Beliau merupakan salah seorang pakar motivasi yang amat saya gemari.
Bagi saya, setiap satu bait-bait kata yang keluar daripada mulutnya adalah sebuah ilmu yang amat bernilai untuk digunakan dalam kehidupan kita. Banyak nasihat dan pesanan daripada Prof Muhaya yang telah berjaya menjentik hati saya dalam melakukan perubahan untuk peroleh kehidupan yang lebih sejahtera dunia akhirat.
Sekian sahaja perkongsian kali ini.
No comments:
Post a Comment