Tuesday, November 30, 2021

Food Court

 Annyeong! Hari ini saya nak kongsi tentang tempat-tempat makan yang best di area Kuantan, Pahang. First and foremost, di UIA Kuantan ada beberapa cara untuk kalian mencari makan (Makan pun kene ada tips taww kihkih)

1. Makan di cafe di setiap mahallah

2. Order melalui Foodpanda ataupun Grabfood (order secara online)

3. Walk in sendiri to the restaurant

4. Pergi ke pasar malam (I think this is a food paradise sbb memang banyak pilihan makanan dekat situ)

Haaa banyak kan pilihan. Then, saya ada suggestion beberapa tempat makan yang best untuk kalian pergi especially bersama teman-teman untuk eratkan ukhuwah gituww hehe




Haa seperti yang anda semua lihat dalam gambar di atas....Tadaaaaa...mesti kalian familiar kan dengan makanan ini. PASTINYA ADA DI MYKORI. Tempatnya sangat selesa dan bersih. 


Next destination, ini dekat Watak Kopi. Kafe nya berkonsepkan santai. Makanan yang saya rasa enak adalah the Roti John. 


Sains VS Sastera

 



Hello everyone...
So, untuk bahagian ini saya nak cerita sedikit tentang bidang sains okiesss. For those yang minat aliran saya, make sure you guys ambil tahu tentang perkara ini. 

Secara umumnya, saya pasti ramai yang telah mengetahui tentang betapa besarnya perbezaan antara bidang sains dan sastera. Betul kan?

Bagi students yang ambil aliran sains, kalian tidak akan dapat lari daripada membuat lab report. Setiap kali kalian melakukan experiment, diakhirnya akan ada report yang perlu disiapkan dan dihantar kepada guru mahupun lecturer. Kalian tidak perlu bimbang...Sebab sekiranya kalian mendapat ahli kumpulan yang bertanggungjawab, report dapat disiapkan dengan baik dan cepat tanpa sebarang masalah. Jadi, perlu bijak memilih kawan ye semua. Hehe (Dah warning awal nihh)


And then, kalau experiment dan report dah selesai bolehlah ambil gambar macam kat atas ni buat kenangan. Sebab kata orang, time flies but the memories stay...Seronok je kan hehe


Seterusnya, dalam bidang radiografi, saya kira ada dua subjek yang utama. Basically, subjek fizik dan juga biology. Pada peringkat universiti khususnya di UIA, subjek ini dikenali sebagai anatomy and physiology  dan juga radiography. Untuk bidang ini tidak terlalu banyak pengiraan. Namun, lebih kepada kemahiran dan teknik itu sendiri. 







Monday, November 29, 2021

Minat Boleh Dipupuk


Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya hanya "follow the flow". Jadi, tiada istilah minat dalam kamus hidup saya saat saya mengambil keputusan untuk memasuki bidang radiografi. Tapi, alhamdulillah. Ternyata setiap pilihan yang didahului dengan istikharah adalah tepat dan terbaik untuk kita. 

Masuk tahun kedua degree, saya semakin jelas dengan hala tuju dan kerjaya dalam bidang ini. Saya mula nampak apa yang akan saya jadi bila dah meningkat dewasa nanti. Dan fikiran saya pula sudah terbuka luas bahawasanya bekerja dalam bidang ini tidak semestinya di hospital. Sebenarnya, banyak cabang lain yang boleh kita ceburi. Insyaallah jika ada keizinan akan saya kongsikan mengenai hal tersebut. 

Bidang ini pastinya semakin lama akan semakin rumit dan kompleks. Semakin lama kita belajar, semakin kita sedar rupanya masih banyak perkara yang kita tidak ketahui. Memasuki bidang radiografi tidaklah bermakna kita hanya mempelajari x-ray sahaja.

Berdasarkan pengalaman saya selama dua tahun ini, dalam bidang ini kita akan pelajari ilmu setiap inci anggota badan, jenis-jenis penyakit, cara untuk menjaga pesakit semasa membuat rawatan, cara menggunakan mesin x-ray dan bermacam-macam lagi. 

Hari demi hari, saya mula meminati bidang ini kerana saya adalah seorang yang suka mengambil gambar. Juga sedikit minat terhadap teknologi. Jadi, ini merupakan peluang keemasan buat saya kerana kedua-dua minat ini secara tidak langsung ada di dalam bidang yang saya ceburi ini. Syukur alhamdulillah. 

Justeru, saat ini saya mulai menyedari bahawa kerjaya ini adalah sebuah kerjaya yang mulia. Selain membantu doktor membuat diagnosis, kerjaya ini juga secara tidak langsung memberi harapan baru buat pesakit-pesakit di luar sana untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. 

 

Basic of Radiography

 


Assalamualaikum and hye everyone! 

Okey hari ini saya nak share dengan lebih terperinci mengenai bidang radiografi ni. 
Ramai orang sebenarnya tidak mengetahui bidang ini. Mereka fikir semua orang yang memakai labcoat adalah seorang doktor. 

Tidak ye sayang-sayang sekalian...

Dalam bidang kesihatan khususnya, terdapat banyak lagi kerjaya lain. Contohnya, kita ada radiographer, pakar fisioterapi, audiologist, pharmacist, nurse dan macam-macam lagi. Jadi, persepsi bahawa semua orang yang memakai labcoat haruslah di'delete' sekarang ye haha. Sebab saat anda membaca blog ini, anda semua akan lebih jelas tentang kerjaya-kerjaya dalam bidang kesihatan.

Ok kita fokus pada radiografi. Sesetengah orang tertanya-tanya tentang bidang ini.

Radiografi ni bidang apa sebenarnya? Tak pernah dengar pun...

Tak bahaya ke hari-hari kene radiasi?

Apa skop kerja bidang radiografi ni?

dan macam-macam lagi persoalan yang bermain di minda segelintir masyarakat kita. 

Ok mari kita menelusuri satu persatu ilmu baru ini. Semoga bermanfaat ye.

Haa radiography ini pendek katanya adalah bekerjaya di bahagian x-ray. Orang yang bekerja dalam bidang ini dikenali sebagai radiographer. Tugas radiographer ini tersangatlah penting. Haaa kalian semua kene ingat eaa, bukan doktor je penting. Tapi radiographer LAGI PENTING dan TERSANGAT PENTING. 

Eh kenapa pula radiographer penting????
Haaa meh sini nak citerr

Any cases yang ada dalam hospital kebiasaannya akan merujuk pada radiographer terlebih dahulu. Radiographer akan melakukan prosedur untuk menghasilkan imej bahagian badan patient yang tercedera bagi memudahkan doktor membuat diagnosis. Sekiranya tiada imej, maka akan berlaku kesukaran untuk doktor melakukan pemeriksaan dan rawatan seterusnya untuk patient. 

Ok sekarang dh jelas kan tentang tugas radiographer nii?
OK GOOD!

Ok next...
Untuk pengetahuan semua, terdapat dua jenis radiographer secara umumnya. Pertama, therapeutic radiographer. Yang kedua, diagnostic radiographer. 

Tugas sebagai seorang radiographer tidaklah mudah seperti yang dilihat dalam gambar. hahaha. Itu saje je posing waktu praktikal kihkih...

Banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranya adalah:

1. How we position the patient according to the spesific examination or procedure
2. How we use the x-ray machine. The skills and also the correct techniques
3. The radiation protection use for the patient and the radiographer herself
4. The stability and comfortibility of the patient during examination

These are all the things that we should consider before, during and after the procedure. 

Mengenai radiasi pula, pertama sekali jumlah radiasi yang radiographer gunakan semasa melakukan prosedur tersebut adalah sedikit berbanding radiasi yang disebabkan oleh external factors yang lain. Kedua, patient akan diberikan radiation protection yang dikenali sebagai lead shielding untuk memastikan pendedahan radiasi terhadap anggota badan yang lain dapat dikurangkan dan dielakkan. 
Jadi, kepada semua yang membaca, semoga anda akan lebih berfikiran terbuka dan memahami tentang bidang ini dengan lebih baik ye. 

Sekian untuk kali ini.  

 

Mahasiswa Pandemik

Assalamualaikum semua. Semoga dikurniakan hari yang baik buat kalian insyaallah aminn...


Cer tengok tajuk harini...menarik kan! hihihi


OK hari ini saya nak kongsi cerita bagaimana saya menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa pandemik. Haaa tajuk rare gtuhh haha


Surprisingly, saya mula masuk UIA Kuantan pada tahun kedua. Maknanya, saya baru sahaja check in mahallah (asrama) pada tahun kedua. Padahal dah TAHUN KEDUA...Orientasi sewaktu tahun satu degree pula hanyalah dilakukan secara online. 


Rutin harian adalah seperti berikut:


1. Bangun subuh


2. Sarapan. You can choose either want to have breakfast at cafe or just in your room. 


3. Open your laptop etc to have all the online lecture, group discussion and many more.


4. In case you have practical at the lab, only then you can have a face-to-face class together with your fellows and lecturer. 


5. After that, you can do whatever you want. Basically, in the evening, I will go for some exercises with my roommate at the SPORTCOM (Sport Complex). Ye lah kan, seharian duduk dalam bilik enggak bisa juga. Harus buat aktiviti supaya cergas gituwww (eh tetibe keluo pula longat indonesia kiteww nih) kahkah)


Oh not to forget, ada je student yang rajin buat kelas online dekat library. You can do so if you want to okiess. 


Nah. Begitulah kehidupan era pandemik ini.

Nilai Pagi

Hari ini terasa indah untuk memulakan penulisan di blog. Jam sekarang menunjukkan pukul lapan pagi. Sementara menunggu kelas pukul sepuluh, ...